Kisah Kontraktor dan Batu Kecil
Seorang kontraktor projek bangunan memanjat ke atas tembok yang
sangat tinggi. Pada suatu ketika dia harus menyampaikan pesanan penting kepada
pekerjanya yang ada di bawahnya.
Kontraktor itu berteriak-teriak, tetapi pekerjanya
tidak dapat mendengarnya kerana suara bising dari mesin-mesin dan orang-orang
yang bekerja, sehingga usahanya sia-sia saja.
Untuk menarik perhatian orang yang ada di bawahnya,
dia mencuba melemparkan wang syiling di depan pekerjanya
itu. Pekerjanya itu berhenti bekerja, mengambil wang itu lalu bekerja
kembali. kontraktor itu mencuba lagi,
tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama.
Tiba-tiba ia mendapat idea. Dia mengambil batu kecil lalu melemparkannya
ke arah pekerjanya... Batu kecil itu tepat mengenai kepala orang itu, dan
kerana merasa sakit, orang itu melihat ke atas. Sekarang kontraktor itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesan
pentingnya.
Allah
kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita ‘memandang’
kepada-Nya. Seringkali Allah melimpahi kita dengan rahmat ), tetapi itu tidak
cukup untuk membuat kita berpaling kepadaNya. Kerana itu, agar kita selalu
mengingat kepadaNya, Allah sering menjatuhkan "batu kecil" (cubaan)
kepada kita.
No comments:
Post a Comment