Sepasang suami isteri begitu teringin untuk mendapatkan anak tetapi masih belum ada rezeki untuk mereka memperolehinya. Oleh kerana itu, sang suami telah bernazar untuk meminum air kencing anjing hitam sekiranya mereka dikurniakan anak.
Dengan takdir Allah, beberapa tahun selepas sang suami bernazar akhirnya mereka mendapat berita gembira apabila si isteri hamil dan selamat melahirkan zuriat untuk mereka.
Selepas peristiwa itu si suami itupun pergilah mencari anjing hitam untuk diminum air kencingnya. Puas mencari, dia dipertemukan juga dengan seekor anjing hitam. Si suami tidak menunggu lama untuk menadah air kencing anjing tersebut dan cuba untuk meminumnya. Malangnya dia tidak mampu meminum air kencing anjing hitam itu oleh kerana bau busuk yang amat daripada air kencing tersebut. Lalu si suami membuat keputusan untuk bertemu Rasulullah saw.
Setelah bertemu dan menceritakan segala permasalahannya kepada Rasulullah saw, Baginda menjelaskan bahawa nazar si suami itu tidak sah kerana ia membabitkan perkara haram. Perbuatan meminum air kencing anjing itu adalah haram maka nazar tersebut tidak perlu ditunaikan.
Walaupun begitu, nazarnya masih boleh dilakukan dengan cara pergi kerumah orang islam yang tidak bersolat ketika hujan turun. Kemudian tadahlah air hujan yang mencurah dari atap rumahnya, kerana air yang mencurah dari rumah orang yang tidak bersolat itu sama nilainya dengan air kencing anjing hitam.
Masya_Allah…
Sabda Rasulullah saw ” Amalan terawal yang dihisab oleh Allah swt di akhirat kelak ialah solat “
Berdasarkan al-quran dan hadis Nabi golongan yang mengabaikan solat ini boleh dipecahkan kepada 4 kategori.
1- Golongan yang sememangnya meninggalkan solat lima waktu sehari semalam.
2- Golongan yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu dalam sehari semalam.
3- Golongan yang bersolat tetapi malas iaitu sering di lakukan di akhir waktu.
4. Golongan yang menunaikan solat lima waktu dalam keadaan lalai dan tidak mengingati Allah swt.
Good n3..;) boleh dijadikan peringatan supaya tidak lalai..
ReplyDeleteSama2 lah kita semua saling ingat-mengingatkan....Sebarkanlah ilmu yang kita miliki walaupun kadang-kadang kita berasa malu untuk berkongsi dek kerana rasa rendah diri. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun sepatah ayat.”
ReplyDelete