Assalamualikum...
Dengan lafaz bismillah..rasa terpanggil untuk membuat blog, untuk berkongsikan ilmu...sama seperti jasmani, rohani juga memerlukan santapan supaya kita sentisa ingan akan Pencipta. Dalam menjalani kehidupan seharian, berapa lama kita peruntukkan waktu untuk mendalami ilmu akhirat...
Kadang-kadang sebilangan manusia melebih-lebihkan urusan dunianya sedangkn urusan akhirat dicampakkan ketepi terlebih dahulu,akan diambilpun urusan akhirat itu kalau2 sempat baginya untuk tua.dia sanggup mempertaruhkn masa dpn akhiratnya kerana sangkaan usianya mungkin mencecah 70tahun.sedangkn esokpun masih belum tentu lagi dapt bernafas.
Umat islam wajib menuntut ilmu(agama),jika tidak, mereka akn menanggung dosa ats kejahilan mereka.kemudian wajib pula mereka mengamalkn apa yg dituntut.jika tidak , akn menanggung dosa krna tahu tp x beramal.bila berilmu & beramal,wajib pula menyampaikan ilmu yg ada,jika tidak ,akn mendpt balasan dosa ats perbuatan menyorokkn ilmu yg ada sdngkn umat islam terus tersesat. Ketiga-tiga fasa ini mmg wajib ditempuhi sesiapapun.
Bagaimanakah perasaan anda jika masuk shja kelas esknya tiba2 ada final exam.Sdngkn sdkt pun anda x bersedia.kebarangkalian untuk lulus semestinya amat tipis bkn?begitulah hakikat kematian.ianya dtng tanpa diduga.dan jika ia dtng mengejut tanpa kita bersedia dngn amal & taubat,yakinkah kita syurga tmpt yg selayaknya bg kita? maka segerakanlah taubat.krna mati itu tidak dikhabarkn.
Saat dan masa itu...jangan diharap lagi, orang takkan membantu, dari kanan dan kiri...walau akan menjerit meratap petang dan pagi..tiada orang membela selain amal sendiri.....
Sebaik-baik amal yang dilakukan oleh seseorang muslim dan pahalanya terus diterima walaupun setelah dia meninggal dunia ialah ilmu yang dengannya dia telah dimuliakan Allah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ” Apabila seseorang manusia mati, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Nabi SAW lagi yang bermaksud: ” Sedekah paling afdhal ialah seseorang mengajar seorang muslim sesuatu ilmu, kemudian dia mengajarkannya kepada saudara muslimnya yang lain.” (Riwayat Ibnu Majah)
Sebarkanlah ilmu yang kita miliki walaupun kadang-kadang kita berasa malu untuk berkongsi dek kerana rasa rendah diri. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun sepatah ayat.”
Untuk peringatan diri sendiri dan pembaca.....
manusia biase belajar untuk pekse.. ;) huhu..so skunk kiter kne ubah..ha....belajar untuk ilmu..pergh?? poyo lak aku ni kan.. kekadang terketar lutut gak g test @ pekse.. erm.. tapi tu la.. once we already set in our mind study is just for test not for knowledges , we will never appreciate them until we are forced to use the knowlede in our work or to teach our children..ha...
ReplyDeletewelcome to my blog ;) http://mencarisatuperubahan.blogspot.com/
ReplyDeletetq..irfan...sama2 kita mencari perubahan...
ReplyDelete