Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah
ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di
suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba dia terpandang suatu cahaya yang
terang benderang muncul dari sebuah kubur, Dan terus menjulang ke langit. Dia
merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir
kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada
seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di
sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang
bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan
itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin
mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim
ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana
apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang
pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk
mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan
bertemu dengan isteri si mati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat
diperkuburan suaminya.
Anehnya isteri s imati terkejut dan kehairanan. Dia
sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani
kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa
lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai
membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini
benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih
yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri si mati
teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh is mati, setiap kali sebelum
tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan
mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an
di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih
sayang.
Ia akan duduk Dan membelek alqur'an itu sehelai demi
sehelai seperti sedang membaca, sedangkan dia seorang yang buta alqur’an. Dia
akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang
menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi,
dia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih,
mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca
kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam
Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak
dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi
mu. Aku sangat mencintaimu. “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku,
jangan engkau menuduh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”. Cerita isteri si mati
lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah
hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki
itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat
mengharukan apabila dia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh,
helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan Ada bekas-bekas
airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya
tatkala membuka lembaran yang maha suci ini…