Wednesday, 30 March 2011

Diam lebih baik...



           Rasulullah s.a.w sedang duduk-duduk bersama Sayidina Abu Bakar  as-Siddiq. Datang seorang lelaki lalu memarahi dan mencaci - hamun Sayidinan Abu Bakar. Sahabat mulia itu diam sahaja, tenang mendengar tohmah dan seranah yang dihamburkan kepadanya. Melihat Sayidina Abu Bakar tidak bertindak apa-apa lelaki itu menjadi semakin berang.

          Suaranya semakin lantang mengherdik dan menengking Sayidina Abu Bakar. Namun caci dan makian itu tidak juga menyebabkan Sayidina Abu Bakar marah. Apa lagi bertindak balas. Beliau duduk diam sahaja di samping Rasulullah s.a.w. Dibiarkan lelaki yang tidak dikenali itu terus galak dengan perangai bodohnya.

          Barangkali berasa malu kerana gagal membuatkan Sayidina Abu Bakar bertindak sesuatu, lelaki itu mencaci sekali lagi. kali ini lebih hebat dan ebih keras. Dituduh, dikeji dan difitnah dengan pelbagai tuduhan serta bahasa yang sungguh kesat, sehingga sahabat mulia itu berasa maruahnya tercabar.

          Akhirnya perlahan-lahan Sayidina Abu Bakar bingkas. Melihat Sayidina Abu Bakar bangun, Rasulullah s.a.w yang sedari tadi berdiam tenang pun ikut bangun. Spontan menarik perhatian Sayidina Abu Bakar, lalu beliau pun bertanya, "Wahai Rasulullah! Adakah kau juga mahu membelaku?"

         "Tidak," jawab Rasul sepatah. "waktu engkau berdiam diri tadi, malaikat berdiri disampingmu untuk menafikan kata-kata lelaki itu. Tetapi apabila engkau bangkit untuk menjawab caciannya, malaikat pun beredar meninggalkanmu. Sekarang yang datang adalah syaitan.

        Untuk apa syaitan datang? Untuk mengapi-apikan lagi suasana yang sudah mulai panas. Untuk melagakan lagi keretakan yang sudah mulai pecah dan menyerpih.

         Allah s.w.t mengingatkan dalam firman Nya :

                "Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak berfaedah, mereka berpaling daripadanya dan berkata; Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul
dengan orang-orang yang jahil." (Al-Qassas : 55)

Saturday, 26 March 2011

Kisah air kencing anjing hitam



   

      
        Sepasang suami isteri begitu teringin untuk mendapatkan  anak tetapi masih belum ada rezeki untuk mereka memperolehinya. Oleh kerana itu, sang suami telah bernazar untuk meminum air kencing anjing hitam sekiranya mereka dikurniakan anak.

        Dengan takdir Allah, beberapa tahun selepas sang suami bernazar akhirnya mereka mendapat berita gembira apabila si isteri hamil dan selamat melahirkan zuriat untuk mereka.

        Selepas peristiwa itu si suami itupun pergilah mencari anjing hitam untuk diminum air kencingnya. Puas mencari, dia dipertemukan juga dengan seekor anjing hitam. Si suami tidak menunggu lama untuk menadah air kencing anjing tersebut dan cuba untuk meminumnya. Malangnya dia tidak mampu meminum air kencing anjing hitam itu oleh kerana bau busuk yang amat daripada air kencing tersebut. Lalu si suami membuat keputusan untuk bertemu Rasulullah saw.

       Setelah bertemu dan menceritakan segala permasalahannya kepada Rasulullah saw, Baginda menjelaskan bahawa nazar si suami itu tidak sah kerana ia membabitkan perkara haram. Perbuatan meminum air kencing anjing itu adalah haram maka nazar tersebut tidak perlu ditunaikan.

      Walaupun begitu, nazarnya masih boleh dilakukan dengan cara pergi kerumah orang islam yang tidak bersolat ketika hujan turun. Kemudian tadahlah air hujan yang mencurah dari atap rumahnya, kerana air yang mencurah dari rumah orang yang tidak bersolat itu sama nilainya dengan air kencing anjing hitam.

Masya_Allah…

Sabda Rasulullah saw ” Amalan terawal yang dihisab oleh Allah swt di akhirat kelak ialah solat “
Berdasarkan al-quran dan hadis Nabi golongan yang mengabaikan solat ini boleh dipecahkan kepada 4 kategori.

1- Golongan yang sememangnya meninggalkan solat lima waktu sehari semalam.
2- Golongan yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu dalam sehari semalam.
3- Golongan yang bersolat tetapi malas iaitu sering di lakukan di akhir waktu.
4. Golongan yang menunaikan solat lima waktu dalam keadaan lalai dan tidak mengingati Allah swt.

Thursday, 24 March 2011

British man and Sheikh






A British man came to Sheikh and asked: Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man? The Sheikh said: Can you shake hands with Queen Elizabeth? British man said: Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth. Sheikh replied: our women are queens and queens do not shake hands with strange men

Kisah lelaki dan pokok Epal

Mungkin ada yang dah pernah baca  kisah ni...manusia mudah lupa...untuk pengajaran kita bersama.....






Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.
“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.
“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…

Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.
“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.
Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.
” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.
“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.”
Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu.”
Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,” jawab lelaki tua itu.”
Jika begitu, istirehatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.
Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

Wednesday, 23 March 2011

Mengapa Mengeluh?




Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata:  Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)

Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.


Ayat Seribu Dinar

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

Ilmu untuk dikongsi....

Assalamualikum...

Dengan lafaz bismillah..rasa terpanggil untuk membuat blog, untuk berkongsikan ilmu...sama seperti jasmani, rohani juga memerlukan santapan supaya kita sentisa ingan akan Pencipta. Dalam menjalani kehidupan seharian, berapa lama kita peruntukkan waktu untuk mendalami ilmu akhirat...

Kadang-kadang  sebilangan manusia melebih-lebihkan urusan dunianya sedangkn urusan akhirat dicampakkan ketepi terlebih dahulu,akan diambilpun urusan akhirat itu kalau2 sempat baginya untuk tua.dia sanggup mempertaruhkn masa dpn akhiratnya kerana sangkaan usianya mungkin mencecah 70tahun.sedangkn esokpun masih belum tentu lagi dapt bernafas.

Umat islam wajib menuntut ilmu(agama),jika tidak,  mereka akn menanggung dosa ats kejahilan mereka.kemudian wajib pula mereka mengamalkn apa yg dituntut.jika tidak , akn menanggung dosa krna tahu tp x beramal.bila berilmu & beramal,wajib pula menyampaikan ilmu yg ada,jika tidak ,akn mendpt balasan dosa ats perbuatan menyorokkn ilmu yg ada sdngkn umat islam terus tersesat. Ketiga-tiga fasa ini mmg wajib ditempuhi sesiapapun.

Bagaimanakah perasaan anda jika masuk shja kelas esknya tiba2 ada final exam.Sdngkn sdkt pun anda x bersedia.kebarangkalian untuk lulus semestinya amat tipis bkn?begitulah hakikat kematian.ianya dtng tanpa diduga.dan jika ia dtng mengejut tanpa kita bersedia dngn amal & taubat,yakinkah kita syurga tmpt yg selayaknya bg kita? maka segerakanlah taubat.krna mati itu tidak dikhabarkn.

Saat dan masa itu...jangan diharap lagi, orang takkan membantu, dari kanan dan kiri...walau akan menjerit meratap petang dan pagi..tiada orang membela selain amal sendiri.....

Sebaik-baik amal yang dilakukan oleh seseorang muslim dan pahalanya terus diterima walaupun setelah dia meninggal dunia ialah ilmu yang dengannya dia telah dimuliakan Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ” Apabila seseorang manusia mati, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Nabi SAW lagi yang bermaksud: ” Sedekah paling afdhal ialah seseorang mengajar seorang muslim sesuatu ilmu, kemudian dia mengajarkannya kepada saudara muslimnya yang lain.” (Riwayat Ibnu Majah)

Sebarkanlah ilmu yang kita miliki walaupun kadang-kadang kita berasa malu untuk berkongsi dek kerana rasa rendah diri. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun sepatah ayat.”

Untuk peringatan diri sendiri dan pembaca.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...