Saturday, 17 March 2012

Iktibar dari Sebatang Pensel







Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau menulis pengalaman ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu ialah pensel ini."
... "Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yg boleh kita pelajari daripadanya.. Mahu tahu?"
"Ya, ibu."

PERTAMA,
Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yg hebat dlm hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan ada kuasa yg membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu mmbimbing kita menurut kehendakNya.

KEDUA,
Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diparut, tetapi..hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga yang akan berlaku dlm kehidupanmu. Kamu mesti berani menempuh ksusahan kerana ia mnjadi baja atau asbab untuk dirimu mnjadi lebih baik.

KETIGA,
Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yg salah. Namun,kita boleh memadamkan dan membetulkan tulisan ini dgn pemadam. Begitulah yg ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yg hina kerana dengan mmperbaiki kesalahan,kita akan sentiasa berada dijalan yg benar.

KEEMPAT,
Tahukah anak ibu, mana yg lebih penting..luaran atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yg tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

KELIMA,
Pensel ini selalu meninggalkn tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yg kamu buat pasti akan mninggalkan kesan pada diri kamu dan pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam melakukan sesuatu tindakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...